Thursday, July 31, 2008

Laksa Sarawak

Bahan-Bahan:
BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis) BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

Mee Hailam Special

Bahan-Bahan:
½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
100 gm daging
100 gm ayam 6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Kari Laksa

Bahan-Bahan:
600 gm mi kuning (dicelur)
100 gm tauge
100 gm sawi cina
5 biji tauhu pop
80 gm fish cake (dihiris)
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
200 gm udang
300 gm ayam (dihiris)
80 gm rempah kari ayam 4 batang serai (diketuk)
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
500 ml air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak

Cara:
Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

Tambah santan cair dan air rebusan ayam.

Akhir sekali, masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.

Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama tauge dan sawi yang telah dicelur. Tuang kuah kari.

Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.

Bihun Special

Bahan-Bahan:
1 paket bihun direndam supaya lembut
½ cawan isi ayam - potong kecil
½ cawan isi udang sederhana besar
½ cawan fish cake - potong kecil
1 batang carrot - hiris halus
1 mangkuk kobis - hiris halus Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu besar udang kering
4 sudu besar cili kisar
garam

Cara:
Tumis bahan kisar hingga cili betul-betul masak.

Masukkan isi ayam, udang dan fish cake - gaul hingga bahan tadi masak.

Masukkan carrot, kobis, garam. Tambah sedikit air jika gorengan terlalu kering.

Masukkan bihun dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Hidang dengan cili potong atau cili jeruk, bawang goreng, telur dadar (yang dihiris halus, daun sup & daun bawang.
Tambahan:
Jika bihun tadi terlalu kering, masukkan sedikit air untuk melembabkannya.

Bihun Goreng Singapura

Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai

Bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

Cara:
1. Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.
Cadangan Hidangan:
Hidang dan makan panas-panas

Bihun Goreng

Bahan-Bahan:
½ paket bihun (direndam ngn air)

Bahan Kisar:

6-8 tangkai cili kering
segenggam ikan bilis kopek
3 ulas bwg putih Bahan Lain:

2 Biji Telur
½ cwn kicap cair
Garam dan bahan perisa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (ikut kuantiti bihun)

Cara:
Panaskan sedikit minyak dan masukkan telur dan pecah2 kan (wat telur hancur). Angkat dan asingkan.

Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan kicap, garam, perisa dan air.Biar mendidih. Masukkan bihun dan gaul rata. Akhir skali masuk telur. Siap.

Mee Hailam

Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning
300 daging ayam
200 gm daging (direbus)
200 gm sawi (dipotong)
5 biji bebola ikan (dipotong)
2 cawan stok daging
1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan, Garam, serbuk lada hitam & minyak masak

Cara:
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, sos tomato & stok daging. Apabila mendidih, masukkan garam,daging, ayam, sawi & serbuk lada hitam. Akhir sekali, masukkan mee, minyak bijan & kacau rata. Masak selama 2 minit.